Search This Blog

Saturday 17 December 2011

Golongan Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka

Assalammualaikumm...


Seseorg wanita itu apabila di yaumal akhirat akan menarik empat golongan lelakui bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum adam memainkan peranannya dgn hak & saksama serta berwaspada akan tangungjawab yg dipikul!!!

1) Ayahnya

Apabila seseorg yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak2 perempuan nya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji & sebagainya.Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat...tidak cukup kalau dgn hanya kemewahan dunia sahaja maka dia akan di tarik ke neraka jahanam...

2) Suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kuam lelaki yg bukan mahram apabila seorg suami memperdiamkan diri walaupon seorg yg alim seperti solat tak bertangguh,puasa tak tinggal maka dia akan turut serta ditarik oleh isterinya.

3) Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tangungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya..jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuanya di biarkan melencong dari ajaran ISLAM..tunggulah tarikan adiknya di akhirat nanti.

4) Anak lelakinya

Apabila seorg anak tidak menasihati seorg ibu perihal kelakuan yg haram dari ISLAM,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan di soal dan di pertangungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahja di dunia malah di akhirat pun tarikan nya begitu kuat,maka kaum adam yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT : "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU.." Harga seseorg muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorg muslim dengan SYURGA, semua muslim di jamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu jgnlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

p/s : Benda paling berat dalam dunia ni adalah amanah

No comments:

Post a Comment